Skip to main content

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (UUTKJ) dimasyhurkan pada 4 April 1895. Ia merupakan dokumen perlembagaan yang menjelaskan sistem pemerintahan. UUTKJ mengandungi beberapa Fasal yang berkaitan pertabalan dan pelantikan Sultan Johor termasuklah peraturan pewarisan takhta kerajaan Johor.

Fasal 2 Bahagian Pertama mensyaratkan “Raja” (termasuk “Waris” dan “Waris-waris Yang Lain”) hendaklah daripada bangsa Melayu dan darah raja yang keturunan daripada pemerintah-pemerintah Johor, dan lelaki dan beragama Islam.

Fasal 3(1) mensyaratkan orang yang layak diperajakan selepas Sultan Abu Bakar hendaklah daripada zuriat dan darah daging Sultan Abu Bakar yang diaku sah dan halal dan berketurunan anak cucu cicit dari sebelah lelaki.

Fasal 3(2) menentukan sekiranya tiada lagi keturunan zuriat Sultan Abu Bakar, orang yang layak diperajakan hendaklah lelaki dari zuriat keturunan Temenggong Ibrahim.

Fasal 3(3) memperuntukkan jika tiada lagi zuriat Temenggong Ibrahim orang yang layak diperajakan hendaklah lelaki dari zuriat keturunan Temenggong Abdul Rahman, dengan syarat dia telah dilantik sebagai Waris terlebih dahulu.

Anda tidak dibenarkan menyalin semula kandungan ini