Skip to main content

PORT DOUGLAS

PORT DOUGLAS

PORT DOUGLAS

PORT DOUGLAS

PORT DOUGLAS

Stunning views, outstanding service, and michelin star dining.

Excellence

Where forest meets ocean

Nestled right in the middle of a natural juxtaposition. Salient is more than a resort; it's an unforgettable experience for you and your whole family.

The best of both worlds; Refreshing greenery with scenic ocean views.
ACTIVITIES

The adventure starts now

Read the latest news

Track events, lean about activities and get vacation tips for your stay with us.

Filter

PRIVATE EVENTS

PRIVATE EVENTS

PRIVATE EVENTS

PRIVATE EVENTS

Weddings

Conferences

Kegemilangan Johor

Negeri Johor

Selepas Kejatuhan Kerajaan Melaka kepada Portugis

Selepas kejatuhan kerajaan Melayu Melaka kepada Portugis Pada tahun 1511 Kesultanan dan rakyat nya menyelamatkan diri dan berpindah kemerata tempat termasuk Kampar, Sumatera bertujuan untuk merancang tindakan serang balas merebut balik ketuanan dan meyelamat serta mengekalkan kerajaan Melayu.

Negeri Johor

Negeri Johor merupakan negeri kelautan yang mempunyai tiga pesisiran pantai, disebelah barat Selat Melaka, disebelah timur Laut China Selatan, dan diselatan Selat Tebrau. Kedudukan Negeri Johor yang strategik diselatan Semenanjung dan dipersimpangan laluan perkapalan perdagangan antarabangsa telah menarik minat dari pedagang-pedagang dan kuasa-kuasa luar untuk menguasai dan menaklukinya, bermula dari pertukaran barangan, perdagangan rempah ratus, perdagangan entrepot dan kemudian dari segi geopolitik.

Salasilah Kesultanan Johor

Keunikan tiga pemerintahan yang bersilih ganti ini terserlah kerana tidak melibatkan pergisiran, konflik atau kecederaan yang ketara sehingga menyebabkan kehilangan atau perpindahan ketuanan dan kedaulatan negeri kepada pihak asing. Peralihan pemerintahan antara tiga dinasti pentadbiran juga tidak memudaratkan ekonomi dan perdagangan. Sebaliknya pengalaman ini menambah dan memperkasakan semangat juang, jati diri, persefahaman, dan mengukuhkan perpaduan dan muhibbah dikalangan rakyat dengan satu tujuan iaitu membangun Johor dalam suasana aman dan sejahtera.

Semangat ini menzahirkan seru Kesultanan Johor “Muafakat itu Berkat” iaitu nilai mulia dan dimaktub dan dikekalkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895. Semangat juang dan permuafakatan ini antara sebab Johor tidak pernah ditakluk atau dijajah mana-mana pihak sehingga tahun 1914 apabila Johor merupakan negeri Melayu yang terakhir menerima pentadbiran British.

Pemerintahan Kesultanan Melaka

Sultan Alaudin Riayat Shah berhijrah dari Kampar dan membuka sebuah penempatan (Kota Batu) ditebing Sungai Johor. Peristiwa ini adalah titik permulaan pemerintahan Johor yang silih berganti oleh tiga dinasti Kesultanan Melayu. Walaupun berhadapan dengan serangan bertubi-tubi dari Portugis, diikuti Belanda dan kemudiannya Acheh, Raja dan rakyat tidak berdiam diri bahkan mengambil tindakan serang balas terhadap musuh untuk mempertahankan kedaulatan negeri. Sembilan pemerintah keturunan Kesultanan Melaka berakhir pada tahun 1699 kerana Sultan Mahmood (Marhum Mangkat Dijulang) tidak meninggalkan waris yang sah.

1528-1564
1528-1564

Sultan Alauddin Riayat Shah II

Sultan Alaudin Riayat Shah II

1564-1570
1564-1570

Sultan Muzafar Shah

Sultan Muzafar Shah

1570-1571
1570-1571

Sultan Abdul Jalil Shah I

1571-1597
1571-1597

Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah III (Raja Umar)

Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah III (Raja Umar)

1597-1615
1597-1615

Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur)

Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur)

1615-1623
1615-1623

Sultan Abdullah Ma’ayat Shah

Sultan Abdullah Ma’ayat Shah

1623-1677
1623-1677

Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang)

Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang)

1677-1685
1677-1685

Sultan Ibrahim Shah

Sultan Ibrahim Shah

1685-1699
1685-1699

Sultan Mahmud Shah II

Sultan Mahmud Shah II

Pemerintahan Bendahara

Peralihan kepada pemerintahan Bendahara bukan dibuat secara rampasan kuasa tetapi melalui perundingan, muhibbah dan perdamaian. Sembilan genarasi dinasti Bendahara (1699-1855) turut berhadapan dengan peperangan bukan sahaja dengan Portugis dan Acheh, bahkan kemudian nya dengan politik dan muslihat Belanda.

Untuk menyelamatkan rakyat dan mengekalkan ketuanan negeri dan perdagangan dinasti Kesultanan Melaka dan Bendahara terpaksa memindahkan ibu negeri sebanyak 12 kali di tebing Sungai Johor, seperti Johor Lama (Kota Batu), Panchur, Seluyut, Batu Sawar, Kota Tinggi (Makam Tauhid), Pasir Raja, Sayung Pinang, Sungai Telor, Batu Hampar dan pada tahun 1728 ke Riau. Pada tahun 1855 Sultan Ali Iskandar Shah yang merupakan keturunan Bendahara terakhir menyerahkan Johor kepada Temenggong secara sukarela, permuafakatan dan bayaran pampasan dengan Perjanjian Setia yang dimetrai pada 10 Mac 1855 secara persefahaman antara kedua-dua pihak.

1699-1718
1699-1718

Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV

Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV

1718-1722
1718-1722

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kechil)

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kechil)

1722-1760
1722-1760

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah

1760-1761
1760-1761

Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah

Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah

1761
1761

Sultan Ahmad Riayat Shah

Sultan Ahmad Riayat Shah

1761-1812
1761-1812

Sultan Mahmud Shah III

Sultan Mahmud Shah III

1812-1819
1812-1819

Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah

Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah

1819-1835
1819-1835

Sultan Husain Shah

Sultan Husain Shah

1835-1855
1835-1855

Sultan Ali Iskandar Shah

Sultan Ali Iskandar Shah

Pemerintahan Temenggong (Johor Moden)

Dinasti Temenggong pula menghadapai cabaran politik Inggeris yang bercita-cita menaklukki Johor walaupun tidak cara berperang atau rampasan kuasa tetapi dengan campur tangan dalam pemerintahan negeri. Adalah diperhatikan Kepimpinan setiap dinasti menunjukan kewibawaan dan kecemerlangan mereka mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negeri serta melindungi rakyat.

1855-1862
1855-1862

Dato’ Temenggong Daeng Ibrahim

Dato’ Temenggong Daeng Ibrahim

1862-1895
1862-1895

Sultan Sir Abu Bakar

Sultan Abu Bakar

1895-1959
1895-1959

Sultan Sir Ibrahim

Sultan Ibrahim

1959-1981
1959-1981

Sultan Sir Ismail

Sultan Sir Ismail

1981-2010
1981-2010

Sultan Iskandar

Sultan Iskandar

2010-Terkini
2010-Terkini

Sultan Ibrahim

Sultan Ibrahim

Peralihan Kuasa dari Bendahara ke Temenggong

Pada tahun 1855 Sultan Ali Iskandar Shah yang merupakan keturunan Bendahara terakhir menyerahkan Johor kepada Temenggong secara sukarela,pemuafakatan dan bayaran pampasan dengan Perjanjian Setia yang dimetrai pada 10 Mac 1855 secara persefahaman antara kedua-dua pihak.

Sejarah Johor Moden

Hasil daripada Perjanjian Setia yang dimetrai pada 10 Mac 1855 bermulanya era kesultanan Johor moden dalam pemerintahan yang meliputi bidang pentandbiran, ekonomi, sosial dan kepimpinan serta dedikasi pemerintahan yang telah mencorakkan wajah sejarah johor yang tersendiri. Dengan kewibawaan dan kebijaksanaan mereka telah berjaya memerintah dengan adil dan saksama melalui konsep rakyat didahulukan, tidak ada kaum yang dipinggirkan, serta mengamalkan sikap toleransi agama, bangsa dan budaya.

Kesultanan Johor berjaya membangunkan jati diri yang unggul, serta menzahirkan karisma tersendiri yang diterjemahkan kepada kedaulatan, iaitu satu nilai murni yang intrinsik dimana raja memerintah dengan adil dan saksama. Rakyat pula memandang tinggi dan mulia kepada Raja sebagai pancuran keadilan dan belas kesihan melindungi mereka.

Disamping itu dengan kepimpinan Raja yang unggul rakyat sendiri telah dapat menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi, serta membina jati diri, mempunyai keberanian, disiplin dan maruah yang mantap bersama-sama mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negeri disamping membangunkan negeri Johor.

Nilai-nilai kemanusiaan ini diperkasakan lagi dalam zaman pemerintahan Johor Moden apabila Kesultanan nya menunjukkan kewibawaan dan wawasan yang jitu mendahului negeri-negeri lain dari semua bidang termasuk pentadbiran dan pengurusan, reformasi dalaman, inovasi fizikal serta memperkenalkan Johor dipersada antarabangsa. Faktor-faktor ini menyumbang kepada ungkapan “Kesombongan Johor” yang diutarakan oleh Dato’ Onn Jaafar membawa maksud rakyat Johor berasa megah dan sombong diatas kebolehan dan kepimpinan Raja memajukan negeri dan rakyat.

Contoh awal ketabahan, keberanian dan jatidiri Raja dan rakyat Johor terserlah apabila Temengggong dan pengikut-pengikut nya menerokai hutan belantara tanah besar Johor yang pada masa itu mempunyai potensi ekonomi untuk dimajukan. Dengan tidak menghiraukan keselamatan dari ancaman binatang buas dan lain-lain bahaya mereka mengeluarkan hasil hutan seperti kayu kayan, damar, madu lebah, buah-buahan dan getah taban untuk dijadikan barangan pertukaran dan perdagangan.

Keberanian mereka dihargai oleh Sultan Abu Bakar yang menterjemahkan-nya dengan warna merah pada bendera Johor.

Sifat dan semangat berani dan tabah serta bertawakkal kepada Allah SWT yang diwarisi Kesultanan Johor terus ditanam disanubari Sultan Sir Ibrahim apabila pada tahun 1911 Baginda berhadapan tanpa bersenjata dengan anggota Sepoy yang menderhaka dan melarikan diri dari Singapura ke Johor.

Baginda menujukkan keberanian dengan menembak beberapa ekor harimau secara berhadapan sebelum binatang buas itu menerkam. DYMM Sultan Ibrahim pula membuktikan keberanian dan kecekalan dengan membuat 19 penerjunan payung terjun semasa menjalani latihan lasak ketenteraan. Kecekapan membuat keputusan kritikal dilambangkan dengan ketajaman bintang pada bendera Johor.

Anda tidak dibenarkan menyalin semula kandungan ini