Dato’ Onn Jaafar, Menteri Besar Johor Ketujuh (1 Jun 1947 – 18 Mei 1950) pernah menyebut tentang “Kesombongan Johor”. Ungkapan yang masih relevan sehingga hari ini bermakna Bangsa Johor seharusnya berasa megah dan bangga kerana Kesultanan Johor Moden mengharumkan nama negeri dan rakyat. Kebijaksanaan, visi dan misi kempimpinan menyebabkan munculnya naratif negeri maju, moden dan progresif, berbanding dengan negeri-negeri lain dalam semua bidang. “Tahukah Anda” merupakan peristiwa yang memperkasakan kedaulatan dan kemasyhuran Kesultanan Johor Moden.