Salasilah Kesultanan Johor

Sultan Alauddin Riayat Shah II
(Raja Ali atau Sultan Muda)
Telah membuka negeri di Kota Batu, Johor Lama
pada tahun 1528.
Sultan Mudzafar Shah III
(Raja Mudzafar)
Raja Abdullah
Menjadi pemangku Raja kepada sepupunya,
Sultan Alauddin Riayat Shah III.
Tun Habib (Tun Abdul Majid)
Dato’ Bendahara Sri Maharaja Padang Saujana, Johor.
Sultan Abdul Jalil Shah IV
Selepas mangkat Sultan Mahmud Shah II, Baginda pun menaiki takhta kerajaan pada tahun 1699
dan mangkat pada tahun 1719.
Bendahara Tun Abas, Johor
Putera kepada Sultan Abdul Jalil Shah IV semasa Baginda menjadi Bendahara Johor.
Temenggong Tun Abdul Jamal, Johor
Beristerikan Raja Maimunah, anakanda Tengku Tengah yang menjadi isteri kepada Daeng Prani,
anakanda kepada Upu Daeng Delakah.
Temenggong Daeng Ibrahim II, Johor
Dato’ Temenggong Abdul Rahman Sri Maharaja, Johor
Bersama-sama dengan Sultan Hussain Mohamed Shah, Singapura telah membuat Perjanjian Singapura
dengan Sir Stamford Raffles pada tahun 1819.
Dato’ Temenggong Daeng Ibrahim Sri Maharaja, Johor
Mendapat kuasa kerajaan Johor daripada Sultan Ali Iskandar Shah dengan perjanjian pada tahun 1855.
Sultan Sir Abu Bakar, Johor
Diputerakan pada 3 Februari 1833..
Naik takhta kerajaan pada 31 Januari 1862.
Bergelar Sultan Bagi Negeri dan Jajahan
Takluk Johor pada 11 Disember 1885.
Dimasyhurkan pada 13 Februari 1886.
Dimahkotakan pada 29 Julai 1886.
Baginda mangkat di London pada 4 Jun 1895.
Dimakamkan di Makam DiRaja Mahmoodiah, Johor Bahru
pada 7 September 1895.
Sultan Sir Ibrahim, Johor
Diputerakan pada 17 September 1873.
Naik takhta kerajaan pada 4 Jun 1895.
Dimasyhurkan pada 7 September 1895.
Dimahkotakan pada 2 November 1895.
Baginda mangkat di London pada 8 Mei 1959.
Dimakamkan di Makam DiRaja Mahmoodiah, Johor Bahru
pada 6 Jun 1959.
Sultan Sir Ismail, Johor
Diputerakan pada 28 Oktober 1894.
Naik takhta kerajaan pada 8 Mei 1959.
Dimasyhurkan pada 6 Jun 1959.
Dimahkotakan pada 10 Februari 1960.
Baginda mangkat di Johor Bahru pada 10 Mei 1981.
Dimakamkan di Makam DiRaja Mahmoodiah, Johor Bahru
pada 11 Mei 1981.
Sultan Iskandar, Johor
Diputerakan pada 8 April 1932.
Naik takhta kerajaan pada 10 Mei 1981.
Dimasyhurkan pada 11 Mei 1981.
Baginda mangkat di Johor Bahru pada 22 Januari 2010.
Dimakamkan di Makam DiRaja Mahmoodiah, Johor Bahru
pada 23 Januari 2010.
Sultan Ibrahim, Johor
Diputerakan pada 22 November 1958.
Naik takhta kerajaan pada 22 Januari 2010.
Dimasyhurkan pada 23 Januari 2010.
Dimahkotakan pada 23 Mac 2015.