Selepas kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka kepada Portugis pada tahun 1511, Sultan dan rakyatnya menyelamatkan diri dan berpindah ke beberapa tempat termasuklah di Kampar, Sumatera. Perpindahan ini bertujuan untuk merancang tindakan serangan balas supaya dapat merebut balik ketuanan dan menyelamatkan serta mengekalkan pemerintahan kerajaan Melayu.
Negeri Johor
Negeri Johor
Negeri Johor merupakan negeri kelautan yang mempunyai tiga pesisiran pantai, iaitu sebelah barat di Selat Melaka, sebelah timur di Laut China Selatan dan sebelah selatan di Selat Tebrau. Kedudukan negeri Johor yang strategik di selatan Semenanjung Tanah Melayu dan di persimpangan laluan kapal perdagangan antarabangsa telah menarik minat para pedagang dan kuasa luar untuk tujuan penguasaan pertukaran barang dagang, perdagangan rempah ratus, perdagangan entreport dan kemudian penaklukan dari segi geopolitik.