Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh Jumaah Majlis DiRaja. Perisian, semua halaman, imej, teks, multimedia dan kandungan lain dalam laman web ini adalah hak milik Jumaah Majlis DiRaja, melainkan jika dinyatakan dengan jelas.
Portal Kesultanan Johor
Selepas kejatuhan Melaka, Kesultanan Johor telah meneruskan kelangsungan peradaban politik Melayu yang diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II pada tahun 1528 di Johor Lama. Kesultanan Johor mempunyai tiga peralihan kuasa yang melibatkan jurai Kesultanan Melaka, Bendahara dan Temenggong. Walau bagaimanapun, peralihan kuasa ini tidak melibatkan konflik yang serius dan tidak menjejaskan ekonomi dan politik Johor. Mulai 1528, Kesultanan Johor Moden terletak di bawah pemerintahan keturunan Temenggong. Sejarah merakamkan wujudnya pemerintahan yang adil dan saksama serta berwawasan jauh untuk memajukan negeri Johor dalam bidang pentadbiran, ekonomi, politik dan sosial menerusi naratif sejarah tersendiri. Sultan Abu Bakar yang dianggap sebagai “Bapa Johor Moden” telah mencetuskan slogan “Muafakat Itu Berkat” sebagai dasar untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Johor. Ini diikuti dengan gagasan Bangsa Johor yang dipopularkan oleh Sultan Sir Ibrahim bagi memperkasa perpaduan, jati diri dan toleransi rakyat dalam membangunkan Johor. Sesungguhnya kebijaksanaan kepimpinan berwawasan Kesultanan Johor Moden telah meletakkan Johor sebagai sebuah negeri maju dan bertaraf global.